PYONGYANG – Beribu-ribu askar Korea Utara berarak di Pyongyang semalam sempena ulang tahun ke-70 penubuhannya, disusuli oleh unit artileri dan kereta kebal tetapi negara senjata nuklear itu tidak mempamerkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang mengakibatkan ia dikenakan sekatan antarabangsa. Sebaliknya, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menonjolkan persahabatan Korea Utara dan China apabila beliau mengangkat tangan utusan Presiden Xi Jinping ketika mereka sama-sama melambai kepada orang ramai. Korea Utara…










