KUALA LUMPUR 3 Sept. – Tiada lagi pengecualian atau diskaun akan diberikan kepada pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang melibatkan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, pihaknya telah pun memberi amaran kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya tidak lagi memberikan pengurangan kompaun bernilai RM300 atas apa-apa kesalahan di bawah Awas. Malah, beliau berkata, langkah tersebut juga melibatkan kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri dengan…










