Tiada kenaikan harga barangan ekoran pelaksanaan SST di Perlis - Utusan Malaysia

Tiada kenaikan harga barangan ekoran pelaksanaan SST di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis tidak mengesan sebarang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ekoran pada 1 September lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Perlis, Mohd. Shakri Mohd. Salleh berkata, berdasarkan Ops Catut 5.0 yang dilancarkan pihaknya bermula 1 hingga 5 September lalu, tiada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang dikesan di negeri ini.

“Pihak kami telah memeriksa 36 peruncit dan pembekal di seluruh Perlis melibatkan 1,080 barangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, empat hotel, dua perkhidmatan kargo serta dua perkhidmatan feri turut diperiksa namun tidak mengesan sebarang kenaikan harga.

“Malah, saya jangka tidak berlaku kenaikan sekiranya stok barangan yang lama digantikan dengan stok baharu kelak,” katanya pada Ops Khas SST di Pasar Raya Besar Giant Kangar di sini hari ini.

Turut hadir, Penolong Kanan Pengarah Kastam Bahagian SST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis, Dr. Ku Azizah Ku Daud.

Cukai SST bermula pada 1 September lalu bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini