JOHOR BAHRU 5 Sept. – Jika suatu ketika dahulu, madu lebah sukar diperoleh dan hanya didapati dalam hutan, sekarang semuanya telah berubah. Madu lebah kini boleh didapati dengan mudah di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Khasiat madu lebah tidak dapat disangkal, malah dijadikan penawar untuk pelbagai jenis penyakit seperti batuk. Bukan itu sahaja, madu lebah juga digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk produk makanan dan minuman serta kecantikan. Antara ternakan…









