Terengganu sedia kekal status gergasi berbasikal - Utusan Malaysia

Terengganu sedia kekal status gergasi berbasikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JURULATIH berbasikal Terengganu, Syed Mohd. Hussaini Syed Mazlan optimis dalam memastikan skuadnya mengekalkan status gergasi berbasikal di negara ini pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Ipoh, Pe­rak yang akan membuka tirainya Rabu ini.

KHIDMAT pelumba handalan tempatan, Muhammad Nur Aiman turut ditagih kontinjen Terengganu bagi menghadapi Sukan 2018 di Ipoh, Perak.

Menurut Hussaini, seramai 10 pelumba termasuk pelumba terkemuka tempatan, Muhammad Nur Aiman Mohd. Zariff bakal mengambil baha­gian dalam empat acara iaitu trek, lebuh raya, BMX dan berbasikal bukit.

“Semasa beraksi pada kejohanan sama di Sarawak dua tahun lalu, kami memperoleh pingat paling ba­nyak dalam acara berbasikal dengan 14 emas dan saya mahu status itu kekal pada edisi di Perak.

“Selain menurunkan pelumba utama, kita juga akan menggunakan dua pelumba pelapis kebangsaan untuk menjadikan jumlah keseluruhan atlet

yang bertanding pada Sukma kali ini seramai 10 orang.

“Impian kita mungkin sedikit sukar untuk mencapai objektif yang ditetapkan kerana beberapa negeri dikenal pasti sedang meningkat naik seperti Sabah. Mereka sangat bagus dalam acara trek terutamanya pecutan.

“Tiga negeri seperti Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan masih menjadi pencabar terdekat kami pada Sukma nanti,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Sebagai rekod, pada kejohanan sama dua tahun lalu, kontinjen Terengganu berjaya meraih kedudukan ketiga ke­seluruhan menerusi 47 emas, 42 pe­rak dan 44 gangsa.

Dalam pada itu, jurulatih skuad berbasikal lebuh raya Sukan Asia 2018 itu turut yakin mereka mampu untuk membawa pulang sekurang-kurangnya sembilan emas termasuk tiga pingat tambahan pelbagai warna.

“Kita menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya sembilan pingat emas menerusi empat acara iaitu trek, lebuh raya, berbasikal bukit serta BMX, tetapi saya yakin kami boleh menambah tiga lagi pingat dalam apa sahaja warna.

“Kepada atlet yang berjaya, kerajaan negeri Terengganu akan beri insentif seperti tahun sebelum ini dan saya harap para pelumba tidak hanya memikirkan insentif, sebaliknya perlu berusaha keras untuk berjaya dengan semangat kesukanan sebenar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN