IPOH – Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Ipoh, Perak yang akan melabuhkan tirai secara rasmi hari ini menyaksikan kontinjen Terengganu terus mengungguli carta pungutan pingat apabila meraih 53 emas sehingga pukul 9 malam tadi. Kejayaan Terengganu mengambil alih dominasi pasukan gergasi yang juga juara bertahan Sukma 2016, Selangor membuktikan kontinjen dari negeri Pantai Timur itu mampu menjadi kuasa baharu sukan di Malaysia. Ketua Kontinjen Terengganu, Samiun Salleh berkata, negeri tersebut…










