KUALA LUMPUR 28 Sept. – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi bayangan bahawa khidmat Lim Teong Kim tidak akan digunakan sekiranya Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) diambil alih oleh badan induk tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata setakat ini jurulatih berusia 55 tahun itu tidak berada dalam perancangan FAM setelah memecatnya daripada jawatan ketua jurulatih skuad bawah 16 tahun (B-16)…









