NEW YORK 25 Sept. – Amerika Syarikat (AS) berkata, pihaknya telah menemukan bukti bahawa tentera Myanmar melakukan keganasan sistematik terhadap etnik minoriti Islam Rohingya termasuk pembunuhan beramai-ramai dan rogol. Jabatan Negara AS mengeluarkan laporannya ketika negara kuasa besar dunia mengumumkan pemberian dana baharu sebanyak AS$185 juta (RM) kepada pelarian Rohingya semasa satu mesyuarat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang Myanmar. Kajian Jabatan Negara AS berdasarkan wawancara yang diadakan pada April…










