Tenis: Naomi Osaka catat rekod ke final terbuka AS - Utusan Malaysia

Tenis: Naomi Osaka catat rekod ke final terbuka AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 7 Sept. – Naomi Osaka mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pemain wanita Jepun yang pertama layak ke perlawanan akhir tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan bakal bertemua dengan idolanya yang juga juara sebanyak enam kali, Serena William.

Pemain berusia 20 tahun itu mengetepikan cabaran seorang lagi pemain tuan rumah, Medison Keye 6-2, 6-4 untuk ke pentas akhir kejohanan itu yang menawarkan wang tunai RM15 juta untuk juara.

Osaka berkata, walaupun berhadapan dengan cabaran sengit daripada Key, tetapi dia bertahan kerana mahu berhadapan dengan William di perlawanan akhir.

Naomi Osaka melakukan pukulan balas daripada Madison Keys pada
 

“Saya hanya berfikir yang saya benar-benar mahu berlawan dengan Serena.

“Malah sewaktu kecil saya selalu berangan yang saya akan bertemu Serena di perlawanan akhir grand slam,” katanya.

William pula layak ke perlawanan akhir selepas menewaskan pamain Latvia, Anastasija Sevastova 6-3, 6-0. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN