PUTRAJAYA – Tempoh reman ke atas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dilanjutkan enam hari lagi sehingga 5 Oktober depan.
Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan lanjutan reman itu bermula esok.
Lanjutan reman ke atas Abdul Azeez dan abangnya, Abdul Latif dimohon oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah.
Menurut sumber, sepupu Abdul Azeez yang turut direman dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin
Terdahulu ketiga-tiga mereka tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.30 pagi selepas tempoh reman ke atas mereka tamat hari ini yang bermula hari Rabu lepas.
Kehadiran Abdul Azeez turut disambut sekumpulan penyokong.
Abdul Azeez sempat berpesan sampaikan salam kepada penduduk Baling, Kedah. – K! ONLINE











