WAJAH cantik seorang gadis muda yang sedang mengambil makanan di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor itu menarik perhatian Marissa Mohamad, 24. Mengenakan gincu berwarna merah jambu dengan santunan pembayang mata juga daripada rona yang sama membuatkan seri wajah gadis tersebut nampak ringkas tetapi cukup sempurna. Ia sepadan dengan penampilannya yang mungkin merupakan pelajar di sebuah universiti awam berdekatan berdasarkan daripada beg yang digalas dan beberapa fail yang dipegang. Bagi…










