HONG KONG 16 Sept. – Taufan Mangkhut membadai Hong Kong sebelum melanda tanah besar China semalam, dengan mencederakan berpuluh-puluh penduduk dan menyebabkan bangunan pencakar langit bergegar, selepas mengorbankan sekurang-kurangnya 64 orang di Filipina dan mengakibatkan kemusnahan kawasan pertanian. Taufan paling dahsyat di dunia pada tahun ini mengakibatkan bahagian utara Pulau Luzon di Filipina ditenggalami banjir manakala angin kencang menyebabkan pokok tercabut dan hujan mengakibatkan puluhan kejadian tanah runtuh. Mangkhut melanda…









