TUGUEGARAO (Filipina) 16 Sept. – Taufan Mangkhut yang melanda Filipina setakat ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 25 terbunuh berpunca daripada banjir serta kejadian runtuh dan kini menuju ke pesisiran pantai China. Taufan terburuk tahun ini menyebabkan seluruh kawasan pertanian di Pulau Luzon ditenggelami air dan angin kencang telah menyebabkan pokok tercabut, manakala hujan lebat mengakibatkan kejadian tanah runtuh. Komunikasi dan bekalan elektrik terputus sama sekali di pulau yang dihuni lima juta penduduk…









