SEKITAR dua tahun lalu, dia hanyalah seorang gadis kecil yang gemar menyanyi dan berkongsi minat tersebut dalam laman sosial Instagram dengan banyak menyanyikan semula (cover) lagu beberapa artis terkenal. Usianya masih hijau, 16 tahun pada ketika itu dan menyanyi dalam laman sosial merupakan trend masa kini bagi kebanyakan remaja seusianya. Bagaimanapun, putaran hidupnya tiba-tiba berubah secara total selepas videonya menyanyikan lagu Sabar dendangan Ismail Izzani mendapat perhatian penyanyi muda itu…










