Tanggungjawab kolektif jika ada kelemahan sistem e-undi - Utusan Malaysia

Tanggungjawab kolektif jika ada kelemahan sistem e-undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM – Tanggungjawab secara kolektif perlu diambil sekiranya terdapat kelemahan dalam sistem e-undi, yang akan digunakan buat pertama kalinya pada pemilihan PKR, berikutan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) itu dipilih oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu sendiri.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemimpin dan anggota PKR tidak seharusnya menyalahkan mana-mana individu kerana sebelum sistem itu digunapakai ia dibentangkan secara telus kepada semua pimpinan parti.

“Masa hendak bangunkan sistem itu ia dibentangkan kepada Biro Politik dan MPP jadi semua pimpinan parti tahu macam mana sistem itu berfungsi, jadi ia tanggungjawab bersama.

“Tiada pihak perlu dipersalahkan secara berseorangan kerana JPP yang mengendalikan pemilihan itu juga bukan ditubuhkan oleh mana-mana individu atau ‘Saifuddin Nasution’. Lebih baik kita bersama berusaha untuk perbaiki kelemahan yang ada,” katanya selepas merasmikan Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar dan Tuisyen Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Kolej MARA Kulim yang dihadiri lebih 300 pelajar.

Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata, semua masalah dan kekecohan yang timbul semasa pemilihan pimpinan di Kedah dan Pulau Pinang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Biro Politik parti, malam esok. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN