KEKALAHAN Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan kejayaan Pakatan Harapan memerintah negara ini menimbulkan beberapa fenomena termasuk kegagalan menjajarkan minda secara positif terhadap perubahan politik nasional di Malaysia. Fenomena ini dialami oleh segolongan pemimpin di pihak yang kalah dan menang, para pengikutnya, serta sesetengah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan cerdik pandai yang menganalisisnya mengikut kerangka persepsi dan realiti lama. Sebabnya, wujud pemimpin kerajaan yang terus bertingkah…










