MANILA 20 Sept. – Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh manakala 80 lagi dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh susulan hujan lebat di kawasan pedalaman Kampung Tina-an, Pulau Cebu, enam hari selepas insiden serupa meragut puluhan nyawa di Luzon. Jurucakap polis wilayah Cebu, Debold Sinas berkata, sebanyak empat orang ditemukan masih hidup selepas bongkah batu dan pergerakan tanah menghempap berpuluh-puluh rumah berhampiran sebuah kuari batu kapur di Naga City. “Tanah runtuh menimbus kira-kira 20 hingga 24 buah rumah dan semua penduduk terperangkap di kediaman masing-masing,” katanya. Kaunselor bandar Cebu, Carmelino Cruz memberitahu saluran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya