Tamu Putatan ditambah baik - Utusan Malaysia

Tamu Putatan ditambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN 9 Sept. – Tamu Putatan yang menjadi tumpuan masyarakat dari daerah Putatan, Kota Kinabalu dan Penampang pada setiap hujung minggu akan ditambah baik untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif kepada peniaga dan pengunjungnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Uda Sulai berkata, usaha itu akan menyelesaikan beberapa masalah khususnya isu yang melibatkan kebersihan pasar berkenaan.

Katanya, pihaknya akan mencari jalan terbaik bagi melaksanakan cadangan tersebut untuk memastikan setiap aduan yang diterima di pasar berkenaan sejak bertahun lamanya dapat diselesaikan.

“Perkara ini timbul susulan terdapatnya rungutan daripada peniaga ikan di pasar ini yang mendakwa mengalami gangguan ekoran tindakan peniaga ikan lain yang berniaga di tamu itu mengabaikan aspek kebersihan.

“Berdasarkan aduan berkenaan antara lain mendakwa peniaga ikan di pasar ini seakan-akan mengambil sikap sambil lewa memotong ikan dan membuang sisanya secara merata-rata sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan dan pemeriksaan di pasar itu di sini petang ini.

Uda yang juga Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri berkata, perkara itu akan dibawa kepada Majlis Daerah Putatan (MDPTN) bagi meneliti puncanha untuk tujuan penambahbaikan kelak.

“Ada di antara peniaga mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran isu ini, namun kita akan ambil perhatian aduan mereka supaya satu langkah dapat diambil dalam tempoh terdekat.

“Diharap agar mekanisme yang akan diwujudkan dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul selain menjadikan pasar dan tamu lebih teratur daripada isu pencemaran sampah di masa hadapan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN