Taman Burung Melaka ditutup sementara - Utusan Malaysia

Taman Burung Melaka ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 3 Sept. – Pihak pengurusan Taman Burung Melaka di Ayer Keroh hari ini memaklumkan penutupan lokasi kunjungan pelancong itu bagi kerja-kerja penyelenggaran bermula hari ini.

Taman Burung Melaka ditutup sementara
 

Taman berkenaan yang berkeluasan kira-kira dua hektar dijangka ditutup selama tiga hingga enam bulan untuk kerja penyelenggaraan yang akan dilakukan pihak pengurusan.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Jualan Zoo Melaka serta Taman Burung Melaka, Ahmad Azizi Ramdan, penutupan itu dibuat susulan lawatan Ketua Menteri, Adly Zahari ke dua lokasi itu baru-baru ini yang memberi teguran berikutan aspek pengurusan di kedua-dua lokasi itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan daripada itu, pihak pengurusan memaklumkan bahawa Taman Burung Melaka akan ditutup sementara bagi pihak kami melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf. Segala kesulitan di atas penutupan sementara ini amat dikesali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Taman Burung Melaka dianggarkan menerima kunjungan kira-kira 150,000 pelancong dari dalam dan luar setiap tahun menempatkan lebih 700 spesies burung dibuka setiap hari mulai pukul 9 pagi hingg 6 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini