MELAKA 3 Sept. – Pihak pengurusan Taman Burung Melaka di Ayer Keroh hari ini memaklumkan penutupan lokasi kunjungan pelancong itu bagi kerja-kerja penyelenggaran bermula hari ini. Taman berkenaan yang berkeluasan kira-kira dua hektar dijangka ditutup selama tiga hingga enam bulan untuk kerja penyelenggaraan yang akan dilakukan pihak pengurusan. Menurut Pengurus Pemasaran dan Jualan Zoo Melaka serta Taman Burung Melaka, Ahmad Azizi Ramdan, penutupan itu dibuat susulan lawatan Ketua Menteri,…










