Tak tahu baik diam - Ibrahim Ali - Utusan Malaysia

Tak tahu baik diam – Ibrahim Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Pihak yang tidak arif dan mendalami ilmu undang-undang syariah dan agama Islam diminta diam dan tidak memberikan komen berkenaan isu hukuman sebat yang dijalankan di Terengganu baru-baru ini.

“BETTER SHUT UP!”, kata Ibrahim Ali pada sidang akhbar di pejabat Perkasa di Kuala Lumpur, hari ini. – UTUSAN ONLINE/ZAINI HUSIN

Bekas Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, isu tersebut diperbesar-besarkan setelah individu yang tidak memahami hukum Islam termasuk orang bukan Islam dan individu ‘Melayu liberal’ bersikap ‘gelojoh’ untuk memberikan pendapat masing-masing.

“Saya minta mereka yang tidak arif dan tidak mendalami hukum-hakam agama Islam supaya tidak gelojoh, tidak respons secara beremosi atau dalam lain perkataan, better shut up (lebih baik diam).

“Sebat dalam undang-undang sivil sudah lama dilaksanakan, tidak ada pun yang bising, tapi bila datang pada Islam ada saja yang dibisingkan. Ertinya, prejudis terhadap Islam amat tebal sekali,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu pejabat Perkasa di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN