LONDON 25 Sept. – Luka Modric mengakui, dia berharap Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi hadir melihat dia dinobat sebagai Pemain Terbaik Dunia 2018 dalam Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), hari ini. Bintang tengah Real Madrid dan Croatia itu mengatasi dua calon akhir, Ronaldo serta Mohamed Salah dalam majlis yang berlangsung di London. Begitupun, Ronaldo dan Messi tidak hadir meskipun mereka mendominasi anugerah selama sedekad dengan saling berganti muncul pemenang sejak 2008. “Setiap orang ada sebab masing-masing. “Sudah tentu saya mahu mereka berada di sini, tetapi mereka tidak ada,” ujarnya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya