KUALA LUMPUR 25 Sept. – Lebih 22,000 dijangka hadir ke Taiwan Expo 2018 di Pusat Konvensyen dan Pameran Kuala Lumpur (KLCC) yang akan menampilkan 12 pavilion pameran utama. Ini merupakan tahun kedua Taiwan Expo dianjurkan di Malaysia dan pelbagai inovasi ditonjolkan bagi mempamerkan kecanggihan penyelidikan serta pembangunan negara tersebut. Pengarah Eksekutif Jabatan Pemasaran Indusri, Majlis Pembagunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), Felix Chiu berkata, expo kali ini menampilkan lebih banyak gerai…










