Tahap kebuluran dunia terus meningkat - PBB - Utusan Malaysia

Tahap kebuluran dunia terus meningkat – PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM 11 Sept. – Tahap kebuluran dunia terus meningkat pada tahun lalu serta buat tahun ketiga berturut-turut, didorong oleh konflik dan perubahan iklim.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran senario berkenaan menjejaskan matlamat global untuk menamatkan krisis berkenaan menjelang 2030.

Krisis kebuluran dilihat meningkat di kebanyakan negara di benua Afrika dan Amerika Selatan, dengan 821 juta orang – satu daripada sembilan – mengalami kebuluran pada tahun lalu.

Sementara itu, 672 juta orang dewasa – lebih satu daripada lapan – kini mengalami masalah obesiti, meningkat daripada 600 juta pada 2014.

Menurut PBB, hampir 124 juta orang di 51 negara berdepan krisis kebuluran.

Banyak negara berhadapan dengan konflik berpanjangan, termasuklah Yemen, Somalia, Sudan Selatan dan Afghanistan. – REUTER

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN