‘Syukur dapat sekolah semula’ - Utusan Malaysia

‘Syukur dapat sekolah semula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Tiga beradik bersyukur tidak terhingga apabila dapat kembali ke sekolah selepas setahun terperap di rumah di Kampung Panggong Lalat di sini akibat kemiskinan.

Nur Aidil Balqis Abdul Rahman, 13, berkata, dia dan dua adiknya, Nur Alia Adila, 11 dan Nur Alia Apira, 9, telah memulakan sesi persekolahan sejak minggu lalu.

Katanya, dia meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Wangi manakala dua lagi adiknya dapat belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis.

“Kami sangat gembira kerana dapat berjumpa kawan baharu. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat keputusan cemerlang dan membantu taraf hidup keluarga selepas ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN