SUDAH pasti Perhimpunan Agung UMNO 2018 pada 29 September dan 30 September ini akan berlangsung dalam suasana berbeza. UMNO yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN) akan berkumpul bukan lagi sebagai parti memerintah. Namun itu bukan bermaksud perhimpunan tersebut tidak akan mendapat perhatian arena politik tanah air dan rakyat sebaliknya pasti lebih menarik perhatian berbanding perhimpunan-perhimpunan sebelum ini. Dalam tempoh seminggu ini, penulis membaca dan meneliti banyak tulisan, komen dan pendapat…










