Syarahan Dr. Mahathir di OCIS - Utusan Malaysia

Syarahan Dr. Mahathir di OCIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menyampaikan syarahan di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), United Kingdom (UK) esok sempena lawatan kerja beliau di negara itu, sebelum meneruskan perjalanan ke New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-73.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, syarahan bertajuk Challenges of Good Governance in the Muslim World itu akan diadakan di Auditorium Malaysia di pusat pe­ngajian tersebut.

“Ini merupakan syarahan per­tama Dr. Mahathir di negara Barat sejak dilantik sebagai Perdana Menteri yang ketujuh.

“Negara-negara Islam dan komuniti antarabangsa secara umumnya menantikan syarahan itu untuk mendengar apa yang mahu dikatakan oleh Dr. Mahathir berhubung topik semasa,” jelas kenyataan itu.

Dr. Mahathir mengadakan lawatan kerja kali kedua ke UK bermula 24 hingga 25 September dan 29 September hingga 1 Oktober ini.

Lawatan kerja itu diadakan secara berturut-turut dengan lawatan beliau ke New York.

Dalam pada itu, jelas ke­nyataan itu, sepanjang tempoh perkhidmatan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat, beliau pernah menyampaikan syarahan terkenal bertajuk Islam the Misunderstood Religion semasa lawatan pertamanya ke OCIS pada 1996.

“Sejak lebih 20 tahun, Dr. Mahathir sentiasa berminat dalam kerja-kerja OCIS termasuk me­lakukan beberapa lawatan ke bangunan baharu ketika dalam pembinaan dan selepas siap di­bina tahun lalu,” jelas kenya­taan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN