Syamel tak mahu tahu berat badan - Utusan Malaysia

Syamel tak mahu tahu berat badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Penyanyi, Syamel mendedahkan dia enggan menimbang badannya kerana tidak mahu mengetahui beratnya sekarang.

Jelas Syamel, dia lebih senang berusaha untuk mengurangkan berat badan tanpa meletakkan sebarang sasaran atau mengira jumlah penurunan.

“Terakhir saya ukur lilit pinggang saya 34 inci. Sebelum ini, 42 inci. Saya tak letak sasaran tapi mahu terus kurangkan berat badan. Kena kurus lagi.

“Saya kurus bukan sebab apa, cuma saya sedar sebagai artis kita kena jaga penampilan diri. Kita perlu kelihatan segak dan kemas setiap masa,” katanya kepada Utusan Online, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Syamel mengharapkan peminat terus menyokong single baharunya, Kau Pun Sama yang berbeza daripada lagu-lagunya sebelum ini.

“Genrenya berbeza, lebih rancak dan segar. Mungkin ada yang kata liriknya seperti sindiran tetapi tidak sama sekali.

“Saya pun kena berlatih menari untuk lagu ini. Kita kena cuba tampil berbeza supaya peminat tidak bosan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN