Syabu dalam bungkusan teh Cina - Utusan Malaysia

Syabu dalam bungkusan teh Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Tindakan pantas polis menahan seorang pemandu lori dapat membongkar kegiatan sindiket dadah apabila berjaya merampas syabu seberat satu tan bernilai RM54 juta di sebuah gudang di Jelutong di sini Jumaat lalu.

Suspek berusia 47 tahun tersebut diberkas di hadapan sebuah kedai di Jalan Tengah, Bayan Lepas pada pukul 3 petang selepas di­lihat dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, berdasarkan maklumat suspek, polis kemudian telah menyerbu sebuah gudang lalu menemui syabu berkenaan yang dibungkus di dalam bungkusan teh Cina.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, dadah itu di­seludup dari Myanmar sebelum dibawa masuk melalui Thailand menggunakan jalan darat atau laut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini