Suspek sumbat mayat ibu sendiri dalam tangki najis diberkas - Utusan Malaysia

Suspek sumbat mayat ibu sendiri dalam tangki najis diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Suspek yang disyaki membunuh ibu kandungnya sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam tangki najis di rumah mereka di Jalan Sungai Burung di sini semalam diberkas polis kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD)di Jalan Air Putih, berhadapan Pejabat Kesihatan Daerah Balik Pulau.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku membunuh ibunya selepas berlaku pertengkaran mulut.

“Dia (suspek) juga mengatakan, semasa kejadian dia yang berada di bawah pengaruh bau petrol bertindak menusuk pisau pada leher mangsa lalu mengelarnya.

“Melihat keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri, suspek kemudiannya terus menyumbat si mati ke dalam tangki najis,” katanya di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN