`Superbug’ kebal antibiotik merebak di semua hospital dunia - Utusan Malaysia

`Superbug’ kebal antibiotik merebak di semua hospital dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 3 Sept. – Sekumpulan saintis dari Australia memberi amaran `Superbug’ kebal terhadap semua antibiotik yang boleh menyebabkan jangkitan serius dan membunuh sedang merebak tanpa dikesan di seluruh wad hospital di seluruh dunia.

Saintis dari Universiti Melbourne itu menemukan tiga varian `bug’ kebal-pelbagai ubat dalam sampel dari 10 negara termasuk dari Eropah yang kini tidak boleh dirawat menggunakan mana-mana ubat di pasaran.

Pengarah Unit Diagnostik Microbiologi Makmal Kesihatan Awam universiti itu, Ben Howden berkata, pihaknya memulakan kajian terhadap sampel dari Australia dan mengambil sampel dari seluruh dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menemukan superbug ini wujud di banyak negara dan institusi di seluruh dunia, nampaknya ia telah merebak,’’ katanya.

Bakteria yang dikenali sebagai `Staphylococcus epidermidis’ itu mempunyai persamaan tetapi lebih berbahaya daripada `Methicillin-resistant Staphylococcus aureus’ (MRSA).

Ia seringkali ditemukan pada kulit manusia dan sering menjangkiti warga emas atau pesakit yang mempunyai anggota palsu atau penggantian sendi.

“Ia boleh membunuh namun lazimnya menjangkiti pesakit yang mengalami sakit teruk di hospital dan sukar dihapuskan malah jangkitannya sangat berbahaya,’’ ujar Howden. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini