Suntikan anti rabies fasa tiga di Sibu bermula 19 September ini - Utusan Malaysia

Suntikan anti rabies fasa tiga di Sibu bermula 19 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU – Jawatankuasa Kawalan Penyakit Rabies Bahagian Sibu akan mengadakan suntikan vaksin anti rabies percuma fasa tiga mulai 19 September hingga 2 November ini bagi memastikan sasaran 10,000 ekor anjing diberi suntikan vaksin tercapai.

Jawatankuasa yang ditubuhkan awal tahun ini dan dipengerusikan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam merangkap Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Dr. Annuar Rapaee itu telah menganjurkan pelbagai program untuk membendung penularan penyakit rabies ke bahagian ini.

Residen Bahagian Sibu, Charles Siaw berkata, pemilik anjing di Daerah Kanowit, Bandar Baru Sibu Jaya, Bandar Sibu dan Daerah Selangau perlu memanfaat sepenuhnya peluang tersebut bagi membantu kerajaan membendung penularan wabak rabies di Sarawak.

“Setakat ini sebanyak 7,481 daripada 10,000 ekor anjing yang disasarkan berjaya diberi suntikan vaksin.

“Orang ramai yang memelihara anjing mempunyai tanggungjawab menjaga anjing mereka sebaik mungkin dan memastikannya sentiasa berada dalam kawasan perkarangan rumah dan tidak dibiarkan berkeliaran di jalanan,” katanya semasa berucap pada pelancaran Kempen Kesedaran No To Rabies di Dataran Sibu Fasa 2 di sini malam tadi. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN