BATU PAHAT 9 Sept. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Suloh, di sini sebentar tadi.
Keberangkatan tiba baginda kira-kira pukul 12 tengah hari disambut ceria mangsa dan penduduk di situ biarpun mereka kini ditimpa musibah banjir.
Sultan Ibrahim turut mengetepikan protokol untuk bertanya khabar kepada mangsa-mangsa banjir biarpun dalam keadaan cuaca hujan serta berkenan melawat tempat penyediaan makanan dan bertanyakan menu yang disediakan kepada mereka.
Memuatkan artikel berkaitan…
Baginda kemudian berangkat pulang selepas meluangkan masa kira-kira 30 minit bermesra dan bersalaman dengan rakyat di PPS berkenaan. -UTUSAN ONLINE











