KUALA TERENGGANU 2 Sept. -Pasukan bola sepak Terengganu yakin dapat menghadiahkan emas kepada negeri dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2018 dengan prestasi yang semakin melonjak. Bapa angkat pasukan itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim berkata, pasukan bola Sepak bawah 21 tahun negeri telah diuji dan memperlihatkan kejaguhannya dengan kembali memenangi kejohanan Piala Presiden 2018 baru-baru ini. “Kita sangat mengharapkan prestasi cemerlang dalam Piala Presiden dapat dikekalkan dalam termasya Sukma…