SHAH ALAM 6 Sept. – Sempena penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Ipoh, Perak, bermula minggu depan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberikan sokongan dengan menjadi bapa angkat kepada beberapa pasukan dari negeri ini yang mengambil bahagian. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya diberi tanggungjawab oleh Majlis Sukan Negeri Selangor untuk menjadi bapa angkat kepada atlet-atlet akuatik, gimnastik dan gimrama. Menurutnya, sebagai bapa angkat, MBSA…










