PONTIAN 26 Sept. – Pelbagai gelagat lucu dapat disaksikan dalam acara Sukaneka 2018 di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar di sini semalam. Telatah peserta seperti membawa getah dengan straw dan membawa bola ping pong menggunakan sudu dengan cara masing-masing begitu mencuit hati dan menceriakan sukaneka tersebut. Sebanyak 11 acara dijalankan dengan setiap peserta dibahagikan empat kumpulan iaitu Zon Kukup, Zon Bandar, Zon Pekan Nanas dan Zon Benut selain acara untuk…










