Sukan Asia 2018: Lima sukan dinilai cemerlang - Utusan Malaysia

Sukan Asia 2018: Lima sukan dinilai cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 2 Sept. – Laporan prestasi keseluruhan kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia 2018 menunjukkan hanya lima sukan sahaja dinilai sebagai cemerlang manakala badminton, pencak silat dan karate antara dianggap gagal sewaktu kempen di Jakarta-Palembang.

Lima sukan cemerlang dalam Sukan Asia 2018 ialah boling, berbasikal, skuasy, pelayaran dan sepak takraw.

Malaysia menamatkan kempen Sukan Asia 2018 dengan tujuh pingat emas, 13 pingat perak dan 16 pingat gangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua kontinjen Malaysia bagi Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi berkata, pujian juga wajar diberikan kepada keseluruhan atlet negara kerana telah berjuang sebaiknya dalam merealisasikan sasaran tujuh pingat emas.

“Secara keseluruhannya kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran ditetapkan malah memperbaiki pencapaian lima pingat emas sewaktu Sukan Asia 2014,” kata Azim dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini