KUALA LUMPUR 6 Sept. – Akibat perselisihan faham, seorang wanita warga Bangladesh cedera selepas ditikam suaminya dalam kejadian di Taman Bukit Teratai, Ampang, dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun itu hanya mengalami luka biasa selepas ditikam tiga kali di bahagian perutnya. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian terbabit, berlaku pertengkaran antara mangsa…









