Suami isteri maut kemalangan, motosikal Honda Dash bertembung kereta Perodua Viva - Utusan Malaysia

Suami isteri maut kemalangan, motosikal Honda Dash bertembung kereta Perodua Viva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Hajat sepasang suami isteri untuk menziarah rumah anak perempuan mereka tidak kesampaian apabila kedua-duanya maut setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 26, Jalan Mak Lagam-Cheneh berhampiran Bandar Baru Cheneh Baru dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.15 pagi tadi, Sohaini atau Mustajib Mohd.,47, dan isterinya, Siti Minah Ali, 46, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa bahagian badan.

Difahamkan, pasangan suami isteri tersebut yang dalam perjalanan ke rumah salah seorang anak perempuan mereka di Kampung Paya Berenjut, Chukai di sini turut membawa buah-buahan seperti cempedak sebagai buah tangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, sewaktu kejadian, Sohaini dan Siti Minah menaiki motosikal Honda Dash dari rumah mereka di Felda Cherul 1 dekat sini ke rumah anak perempuannya yang jaraknya lebih 30 kilometer.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian yang merupakan selekoh tajam, motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri itu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Viva sehingga menyebabkan mereka tercampak sejauh beberapa meter ke atas jalan.

“Pemeriksaan pegawai perubatan yang bergegas di lokasi kejadian mendapati Sohaini dan Siti Minah telah meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini