Proses mengenal erti sebuah kehidupan sememangnya tidak mungkin boleh diperoleh menerusi buku mahupun teori dalam dunia pembelajaran termasuk pada peringkat institusi pengajian tinggi semata-mata. Sebaliknya, proses tersebut perlu digabungkan dengan pengalaman dalam dunia sebenar yang dilihat akan lebih membawa pengertian dan kefahaman, seterusnya mematangkan pemikiran untuk merencana urusan kehidupan seharian. Lantaran itu, berbekalkan semangat untuk menabur bakti dan menimba pengalaman seramai 65 pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan…










