SST: Pendaftaran hingga hujung tahun - Utusan Malaysia

SST: Pendaftaran hingga hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 22 Sept. – Kerajaan akan memberikan tempoh hingga hujung tahun ini kepada peniaga untuk mendaftar dalam sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum tindakan selanjut diambil.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya ketika ini masih mengambil pendekatan ‘berlembut’ termasuk memberi peluang peniaga memahami sistem percukaian berkenaan.

“Melalui data pendaftaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebelum ini, sebanyak 472,000 syarikat telah berdaftar, namun menerusi SST kali ini hanya 100,000 syarikat yang layak dikenakan SST,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Taklimat SST Bersama Menteri Kewangan di Hotel Katerina, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Paddy Abd. Halim. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini