PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat anak syarikat Felcra Berhad (Felcra) di Setapak, Kuala Lumpur berikutan disyaki berlaku penyelewengan serta salah guna kuasa pengagihan kontrak latihan bernilai RM4 juta. Turut diserbu ialah pejabat anak syarikat itu di Kelantan serta 10 buah pejabat syarikat yang menerima lantikan kontrak latihan di sekitar Pantai Timur, Lembah Klang dan Perak. Serbuan terbabit dilakukan oleh 10 pegawai SPRM bermula kira-kira pukul 9.30…










