PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau. Menerusi satu kenyataan di sini hari ini, penahanan itu dibuat pada pukul 4.13 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM di sini. “Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara,” katanya. Menurut kenyataan itu, Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 3 petang esok untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya