SPRM cari dua individu - Utusan Malaysia

SPRM cari dua individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu dua siasatan kes rasuah yang berasingan.

Menurut SPRM dalam satu kenyataan, untuk kes pertama, SPRM sedang mengesan Tee Wee Sing, 41, pemegang kad pengenalan bernombor 771221-01-5827 yang beralamat di 98, Jalan Senggarang 2, Taman Sri Senggarang, 83000 Batu Pahat, Johor.

“Lelaki berkenaan turut mempunyai alamat kedua di nombor 7, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa, 83000 Batu Pahat, Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan dengan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Wee Sing boleh menghubungi pegawai SPRM, Roazfaniza Roslim di talian 03-8870 0334 atau emel kepada [email protected].,” katanya di sini hari ini

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, SPRM Melaka turut mengesan Ab. Rahim Lajis, 57, yang memegang kad pengenalan bernombor 610101-04-5573 dan mempunyai alamat terakhir di nombor 8770-C, Jalan Tiang Dua, Ayer Molek, 75460 Melaka.

Katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai SPRM, Mohd. Zulhairni Ibrahim di talian 06-289 6000 atau 012-689 9375. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini