SPRM akan terkejut lagi? - Utusan Malaysia

SPRM akan terkejut lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA terbaca laporan sebuah portal berita bahawa kes pegawai kanan Menteri Pertahanan yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah dianggap ‘selesai’ oleh Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebelum ini, Ketua Pemuda Amanah sendiri yang menuntut pegawai terbabit direhatkan sementara SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan penerimaan RM800,000 untuk suspek menyelesaikan hutang seterusnya keluar dari status muflis.

Nampaknya politik dalaman parti juga bercanggah dalam hal ini tetapi mereka sepatutnya sedar rakyat sedang memerhatikan tingkah laku dan kenyataan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih daripada itu, saya dan pasti ramai lagi rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada SPRM tahu mengenai ‘selesainya’ kes ini atau akan ada lagi kenyataan ‘terkejut’ seperti penarikan balik pendakwaan rasuah seorang lagi menteri kanan?

Walaupun berharap keadilan terlaksana dan tiada pihak terlepas jika menyalahgunakan kuasa, jelas sekali ahli politik masih lagi campur tangan dalam perihal penguatkuasaan dan perundangan.

Jika dahulu mereka menuduh kerajaan Barisan Nasional menggunakan kuasa politik untuk menyelamatkan orang sendiri dan menyusahkan musuh, apa bezanya dengan kerajaan baharu ini?

Ini bukan kali pertama dan saya percaya bukan kali terakhir seorang ahli politik atau ‘kroni’ mereka terlepas daripada tindakan undang-undang. Rakyat hanya mampu menunggu komen retorik pihak berwajib khususnya SPRM.

LOYER BURUK

Gombak, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini