KAHERAH 17 Sept.– Kumpulan pakar arkeologi Mesir menemukan sebuah patung berkepala manusia dan berbadan singa di bandar Aswan, dekat sini baru-baru ini. Mail Online yang memetik Kementerian Antikuiti Mesir melaporkan, patung yang dikenali sebagai sphinx dan dihasilkan dengan batu pasir itu ditemukan di Kuil Kom Ombo ketika kerja-kerja memulihara tapak tersebut daripada air bawah tanah. Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti, Mostafa Waziri berkata, patung tersebut mungkin berasal daripada Dinasti Ptolemaic yang memerintah Mesir selama 300 tahun iaitu sekitar 320 sebelum Masihi hingga 30 sebelum Masihi. Sehubungan itu, Mesir berharap penemuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya