SMK Tun Abang Haji Openg cipta replika Jalur Gemilang gergasi guna bekas telur terpakai - Utusan Malaysia

SMK Tun Abang Haji Openg cipta replika Jalur Gemilang gergasi guna bekas telur terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg di sini hari ini melakar sejarah tersendiri apabila menghasilkan replika bendera Jalur Gemilang bersaiz gergasi yang diperbuat daripada 10,296 bekas telur terpakai sempena sambutan Hari Malaysia, Ahad ini.

Pengetua SMK Tun Abang Haji Openg, Affida Helmi berkata, seramai 1,500 warga sekolah berkenaan yang terdiri daripada guru dan pelajar telah terlibat dalam menghasilkan replika bendera kebangsaan itu secara gotong-royong.

Menurutnya, Jalur Gemilang yang dicipta itu sepanjang 42.67 meter dan lebar 21.33 meter.

“Kita juga menggunakan 476 liter cat yang merangkumi warna merah, putih, biru dan kuning bagi mewarna bekas telur itu mengikut warna Jalur Gemilang.

“Replika bendera gergasi berkenaan berjaya disiapkan dalam tempoh satu jam 25 minit,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Guru-guru SMK Tun Abang Haji Openg bergambar bersama bendera gergasi yang dihasilkan oleh sekolah it
Guru-guru SMK Tun Abang Haji Openg bergambar bersama bendera gergasi yang dihasilkan oleh sekolah itu.

 

Dalam pada itu, Affida memberitahu, idea menghasilkan replika bendera gergasi tersebut adalah daripadanya ilham guru subjek Kimia, Abdul Jaya Manan, pada bulan lalu.

Katanya, mereka telah berjaya membuat segala persiapan dalam tempoh seminggu dengan mengumpul bekas telur yang disumbangkan oleh guru, staf sokongan, pelajar dan alumni sekolah itu.

Bendera yang dihasilkan oleh SMK Tun Abang Haji Openg.
Bendera yang dihasilkan oleh SMK Tun Abang Haji Openg.

 

“Kejayaan ini adalah sebagai tanda muafakat dan kerjasama dalam kalangan warga sekolah ini sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini. 

“Antara lain, saya berharap agar program ini dapat memupuk semangat cintakan negara selain mengasah dan menonjolkan bakat mereka sekali gus meningkat lagi imej SMK Tun Abang Haji Openg di peringkat yang lebih tinggi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN