Wakil Selangor, Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2 menang bergaya dengan membolot tiga anugerah utama dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan 2018 di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini. Mereka dinobatkan sebagai johan kategori putera dan kategori puteri serta diumumkan pemenang Ketua Platun Terbaik Putera. Pasukan kawad kaki sekolah yang ditubuhkan pada tahun 2011 ini dibimbing lima jurulatih iaitu Razlan Abdul Rahman, Hermiza Yusof, Norizan Mahmud, Hamidah Kassim…









