SJAA anjur Majlis Makan Malam Gala 2018 - Utusan Malaysia

SJAA anjur Majlis Makan Malam Gala 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – St. John’s Alumni Association (SJAA) bakal menganjurkan Majlis Makan Malam Gala 2018 bertempat di Hotel Royale Chulan di sini pada 13 Oktober depan.

Presiden SJAA, Isham Ishak berkata, penganjuran Majlis Makan Malam Gala itu bersempena dengan Ulang Tahun ke-114 penubuhan St. John’s Institution termasuk sambutan penubuhan SJAA ke-92. 

“Selain menjadi wadah untuk berinteraksi dengan sahabat-sahabat lama sekolah, majlis makan malam gala ini juga bertujuan untuk mengumpul dana alumni bagi membiayai program-program sosial SJAA dan sokongan SJI untuk tempoh dua tahun akan datang.

“Kami di SJAA ingin mengajak semua Johannian untuk bersama-sama ke majlis yang penuh bermakna dan bersama-sama meraikan legasi serta aspirasi institusi pendidikan negara yang tersohor ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Isham lagi, majlis yang bertemakan ‘Preserving The Legacy & Ethos of Johannians’ itu dijangka dihadiri lebih 600 Johannian daripada pelbagai latar belakang dan umur. 

“Setakat ini, sambutan yang diberikan oleh bekas-bekas pelajar untuk menghadiri ke majlis makan malam berkenaan amat memberangsangkan.

“Tiket untuk majlis Makan Malam Gala SJAA dijual pada harga RM2,000 semeja atau RM200 setiap seorang dan bagi mereka yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi pihak sekretariat majlis,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari laman Facebook SJAA atau Instagram SJAA di sjaa1904. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN