SINGAPURA – Mahkamah Singapura mengeluarkan perintah pelupusan berhubung wang yang telah diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut kenyataan peguam cara bagi kerajaan Malaysia, Tan Rajah & Cheah semalam, wang berkenaan adalah dalam pelbagai mata wang dengan jumlah nilai keseluruhan kira-kira S$15.3 juta (RM45.9 juta).
“Kesemua wang ini sedang dipindahkan ke akaun bank pemerolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur.










